Friday, June 10, 2011

Happy 2 years - Amypujie !!

Alhamdulillah..syukur kepada Allah s.w.t..kini Amypujie sudah pon berjaya melayari cabaran bekeluarga selama 2 tahun...

rasa bagai hidup ini di rahmati apabila dikurniakan suami yg begitu penyayang dan mengambil berat...dia bukan sahaja sayangkan aku sebagai isteri..tetapi turut sayangkan keluarga kesayanganku di batu pahat...alhamdulillah...rs hidup lebih bermakna dgn kehadiran cahaya mata kurniaan tuhan yg sangat2 comel...semoga dirinya diberkati dan hidup dlm keluarga yg terpelihara kebahagiaannya...sihat tubuh badan serta bijak dan pintar dan membesar sebagai anak yg soleh yang mampu membanggakan ibu dan abi...amin....

Kali ni tiada sambutan yg istimewa kerana jadual yg sangat padan...bru balik dr Langkawi..ikut rombongan perkahwinan di Kuala Lipis, pindah rumah,balik BP menghadiri perkahwinan kawan dan jugak busy mengandam dan merewang di majlis perkahwinan bapa saudara...

cukup sekadar bisikan ucapan selamat ulang tahun dr suami tercinta dan lafaz janji setianya...insyaallah hubungan kami akan sentiasa di restui tuhan..amin....

entry kali ni agak jiwang sket sbb sn sini mood makan nasi minyak ni...so nak share sikit la pic2 lama ni...sila la tengok yea.....









Kepada kawan2 yg belom berkahwin..cepat2 la membina masjid ni..selain ade tempat bermanja...hidup kita akn rs lebih bertanggungjawab dan berharga lebih2 lagi kalau ada anak yg comel...peace....

2 comments: